Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, August 14, 2012

Berita Terbaru PM @NajibRazak Yang Tidak Mungkin Disebut Oleh Anwar & Media Pembangkang...


MEKAH 14 Ogos - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain. - BERNAMA

5 comments:

  1. Terbakor hati tok2 guru PAS dengor berita nie. Tapi apalah jika nak dibandingkan tokoh2 ulama Saudi dengan "Nabi Nik Ajis", Tok gufu ajaran sesat.

    ReplyDelete
  2. itu baru najib yang memerintah. kalau anwar memerintah lagi la dapat pujian setinggi langit terutama dari Israel dan USA

    ReplyDelete
  3. hahaha...yg tkg komen kat atas tu pun tak menunjukkan ciri2 org islam. Kalo lah para mufti tu baca komen2 politik di malaysia ni sure pening n menangis. nama negara islam, teras islam tp isi macam hampeh.
    Lg 1 knp xda bishop or pope puji sebuah negara kristian ek?
    sbnrnya, kat dunia ni blum ada negara islam coz byk yg gunakan islam as cosmetic. x penah dgr org puji arab saudi sebuah negara islam yg terbaik.

    ReplyDelete
  4. Syabas DS Najib dan PM-PM terdahulu yg buat kerja, bukan mcm PAS semua bangkang, yg baik dikatakan buruk, tapi lupakah di mengkafikkan UMAT iSLAM SENDIRI.

    Pas kelantan hanya mampu membna 3 buah masjid sahaja dlm 22thn memerintah.

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.